Tuesday, 18 September 2012

Viva

Malam sebelum

Berlatih dalam bilik bagai nak rak semata-mata supaya redi untuk hari pembentangan esoknya aka (hari ini) semalam punya la jenuh dan jemu sampai nak update something kat sini pun rasa macam takde mood pulak rasanya. Dah malam tu tido macam tu je, tido dalam keadaan malas apabila tidak langsung gosok gigi ataupun berwudhu pada ketika itu.

Hari Pembentangan

Sebelum bentang alhamdulillah, seperti biasa dapat solat subuh jemaah, baca mathurat dan yassin pastu dapat solat sunat isyrak.. alhamdulillah.. pastu tiba lah masa yang di debar debarkan.. menjadi pembentang pertama! macam masalah timbul mengenai LCD projector tak menunjukkan gambar yang lawa.. huhu. so mula-mula bentang dengan semangat.. tapi lama kelamaan cuma baca dari slide yang ada.

Bentangan

Menjadi pembentang pertama ni.. ada pros and cons nye.. 1stly x sempat nak jumpa lecturer nak betulkan mana yang patot tapi awal2 je dah siap dah lepas tu cuma melolong melopong muka je lah.. hurmm ada bende yang aku patut tulis tapi silap tulis,alhamdulillah yang komen tu penyelia penilaian sahaja Pn Nor Azmin.. tiada campur tangan dari PSKS(Pn Siti Khadzimah) antara yang ditanyakan adalah pasal pengenalan, rujukan kajian, kaedah temubual, borang pemerhatian, pastu kumpulan sasaran, objektif ada yang tersilap tulis, takpelah janji dah lepas.

Lapang

Selepas selesai je terus duduk kejap pastu selinap selinap kluar buat solat dhuha. pastu balik ke dewan kuliah balik melopong je la tgk persembahan orang lain, urgghh makin lama makin loya dibuatnya apabila dihentam hentam dengan pelbagai tomahan yang diberikan oleh pensyarah.

Penderitaan Mental

Seriusly mental sangat-sangat menanti saat supaya sesi viva abis penat weyh... Petang tu aku kemas-kemas sikit bilik yang bersepah gara-gara nak ready untuk viva. Petang tu dah dalam kul 515 baru sampai bilik sebab makan makanan petang yang dah dibagi. aku makan kat kafe, tu yang sampai bilik lewat

Off

Mandi awal arini.. pastu solat asar.. pastu kluar p beli air.. sampai sampai je tgk ada orang bayar terlebih kat air mesin tu.. so aku isi.. pastu aku buang balik air tu sebab risau shubhah.

Malam

Alhamdulillah masa dah sampai maktab balik sempat ke surau untuk solat berjemaah.. in between tu call mak tanya khabar.. he3.. pas isya' p kluar makan ngan fariq.. aku makan n.g pattaya ngan carot susu.. pastu balik... balik balik je nak tulis blog ni la tapi ngantuk sangat kul 1045 ingat nak nap sekejap tggu wani kjut.. wani kjut dah.. tapi lepas tu aku cakap rasanya nak tido terus kot.. kul 11 tu terus tido..sampai la esoknya...Alhamdulillah sempat bangun subuh :)

No comments:

Post a Comment