Sunday, 16 September 2012

Kfiqh

Ayob

Alhamdulillah, hikmah pembatalan di UIAM aritu. dapat la bawak Ayob pergi sekali ke kfiqh poilitik ni, alhamdulillah ada member ikut sekali ke program ni takde la rasa sorang-sorang jer. Pagi-pagi ari sabtu je dah lapar terus keluar makan jap ngan fariq pastu balik belikan si ayob ni n.lemak.. kul 8.00am gitu baru lah gerak ke shah Alam. Sampai-sampai je masih awal lagi.. majlis pun x start lagi so daftar tapi ayob kena duduk atas sebab dia walk in je. seb baik die ada kad pengakap tu kalau tak mang kena bayar rm150.. dah la x dapat makanan..

Dewan

aku duduk kat bawah.. macam rasa sempit ergh.. rasa x selesa.. kiri kanan tempat letak tangan dah ada orang conquer.. haih. dengan pen jatuh la. highliter jatuh la.. macam macam dah la macam rasa barang banyak padahal x banyak pun.. Mula-mula program ni aku diterangkan mengenai maqasid(dari segi kefahaman) iaitu perkara yang berlaku pada waktu nabi tidak semestinya diteruskan kerana tidak lagi sesuai dengan zaman sekarang ataupun contoh masa tu.. ketika khalifah ar-rasyidin.. Maqasid ini menerangkan bahawa perkara tersebut bukan nya di bantah terus tapi mengikut kefahaman dan peredaran zaman.. kemungkinan masalah yang berlaku tidak sesuai digunakan lagi pada zaman yang lain tetapi cara perlaksanaanya masih ada. Kemudian timbul pula ahli literal(mengambil/mentafsir secara bulat2). Menurut contoh-contoh dan penjelasan yang diberikan oleh Ustaz Zulkifli dan Ustaz Zaharudin, siyasah (politik) hukum nya tidak seperti solat dimana solat memang tidak boleh dibahaskan dan perkara itu sudah ditetapkan. Tetapi politik pula, boleh dibahaskan dan disesuaikan mengikut peredaran zaman.

Dr.Muslee

secara jujurnya.. beliau menerangkan mengenai sistem kerajaan yang diguna pakai pada ketika ini oleh Malaysia. Malangnya.. aku mengantuk pada sesi ni. jadi tidak berupaya untuk mendigest idea.. basically die cakap mengenai fiqh dan moral. Contoh yang beliau ceritakan adalah ada perkara memang dalam fakta tidak salah.. tapi dari segi moral nye salah.. macam tu la kisahnya.

Waktu rehat

Aku decide untuk keluar awal supaya senang sikit tak lah jem atau pening-pening masa kluar.. pastu g Masjid S.Alam untuk solat zuhur.. ramai betul orang sebab ada kursus haji secara besar-besaran. Usai solat zuhur.. perut pun dah mula berbunyi bunyi.. melilau lilau carik tempat makan.. last-last gi kedai mamak.. hahah.. makan makan ngan ayob.. ayob takeawat pastu balik pulak ke auditorium MBSA tuh.

Sesi petang

Rupa-rupanya belum makan orang-orang kat sana. Sampai-sampai je waktu tu talk dari Dr.Asri. First time tgk tuh. Beliau menceritakan mengenai contoh-contoh maqasid mengenai politik pada zaman khalifah ar-rasyidin dan ada contoh-contoh yang lain sikit. Beliau menerangkan seorang ahli-literal pun mengenai politik ada rukhsah maksudnya tidak diikut secara bulat-bulat seperti mana yang diterangkan dalam hadis. Ini bermakna pekara-perkara yang melibatkan siyasah tidak boleh diambil secara bulat-bulat. Kemudian diteruskan dengan Ustaz Fauwazz Bin Fadzil Nor.. (anak bekas N.Presiden PAS) mengenai tipu helah dalam politik. Tipu helah dibenarkan seandainya ia tidak mempengaruhi sistem pengundian.. sebagai contoh menggunakan reverse psikologi seperti menyatakan bahawa calon merendah kan dirinya sendiri. Yang tidak boleh adalah memberikan hadiah, atau pun bertindak terhadap penyokong dengan memberikan syarat supaya dirinya diundi kemudian baru lah diberikan hadiah.yang itu yang tidak boleh, ataupun mempengaruhi SPR.

Makan

Tgh2 pembentangan dari Ustaz Fauwaz tu, semua rupanya sudah mula lapar dan pengacara program iaitu Amin Idris berkata bahawa dia mendapat sms yang para hadirin sudah mula lapar. Maka itu, program ditangguhkan sebentar bagi memberikan laluan kepada para hadirin makan makanan yang disediakan. Pada masa ini, ak ambil keputusan untuk ke tandas sebentar. Aku banyak kali ke tandas, mungkin disebabkan banyak minum air atau banyak minum nescafe. Terjumpa la Abdullah Hassan.. berborak la sekejap sementara tggu giliran masuk tandas. Pastu terjumpa Cikgu Mrsm Muar, tanya la dari mana.. terkejut la jugak bila dia cakap dia kat Muar lagi.. oh lama betul cikgu cikgu duduk di Muar ni..selesa kot duduk kat situ. pastu jumpa lagi Shah bekas YDP kat KMB. Pastu kat tempat duduk sebelah atas ni ada BRO Shahid(kot) kenal kat weekenders club.. seronok jugak borak ngan dia.. hehe..

Mursyid

Sidang disambung dengan ahli panelis yang hebat iaitu Dr.MAZA, Ustaz Zaharudin, Ustaz Hasrizal, Ustaz Fauwaz. Setiap ahli panel membentang mengenai tajuk masing-masing namun yang paling terpahat dalam ingatan aku adalah  antaranya "calon muslim atau non-muslim mana yang patut diundi" "Undi dari segi apa? Manifesto atau calon". Daripada pembentangan Ustaz Hasrizal terdapat dua pendapat, satu adalah ditolak dan satu lagi adalah harus. terdapat juga surah-surah yang menyokong kedua-dua pendapat tersebut. Namun disini main point nye adalah.. calon non-muslim sekiranya diberikan tanggungjawab dan dia dapat bertanggungjawab dan melaksanakan tugasan dengan lebih baik adalah harus untuk diundi. Maksudnya, walaupun mereka akan menang undi dan mungkin akan menjadi menteri, namun negara yang agama rasminya adalah Islam harus mempunyai pemimpin seorang muslim. Diteruskan lagi pula dengan media massa..Ustaz Hasrizal menerangkan bahawa media yang ada pada ketika ini hanya memetik metik perkara yang ingin disampaikan sehingga mengubah persepsi pandangan. Oleh itu, pada pendapat aku la, aku sendiri kena pro aktif pasal bende-bende politik ni. At least tahu something. Next, tajuk mengenai calon atau manifesto mana yang harus diutamakan, kesimpulan terus sekiranya calon itu berwibawa namun parti tersebut akan menghalang usaha yang cuba dilakukan akhirnya ianya tidak akan berjaya, oleh itu Dr.Zaharudin menyatakan bahawa, manifesto harus lah lebih diutamakan agar apa yang cuba dicapai oleh calon dapat dilaksanakan. Itu lebih utama.

Solat di Masjid S.Alam

So ayob ngan aku decide gerak dalam kul 630pm ke masjid untuk solat asar pastu terus solat magrib ngan isya' sekali.. antara magrib ngan isya' tu aku makan-makan ngan ayob. yang menjadi kesan pada malam tu adalah teguran mengenai bacaan aku masa aku jadik imam. Takpe, aku terima teguran tersebut dan alhamdulillah ada juga yang sudi menegur. Syukur..

Forum

Forum kali ini pada aku memang dasyat la juga sebab ada wakil dari beberapa pihak iaitu, PKR,PAS, Barisan Nasional dan Ahli Akademik. Ni 1st time aku betul betul terdedah dengan ahli-ahli politik. Tajuk dia simple jer. Malaysia menuju ke araha negara berkebajikan. Itu sahaja, namun yang menjadi persoalannya panel dari BN Yb Puad... tiba-tiba sahaja lari dari topik dan tidak menjawab soalan yang diberikan, penat Rafizi membalas balik hujah hujah Yb Puad tuh.. Namun begitu, ahli akademik betul betul memberikan pendapat dan hujah yang bernas, selain itu juga, hujah hujah beliau sangat berilmiah serta neutral. Aku tak nak komen sangat la pasal forum ni, tapi main point die, tak boleh nak salahkan siapa-siapa tapi kita hendaklah mempunyai tujuan yang sama.. tugas ahli politik sekarang adalah untuk memberikan keyakinan pada generasi pada masa kini untuk yakin dengan politik sebab sekarang kepercayaan terhadap politik sudah semakin meruncing, ini boleh mengakibatkan negara bakal terjerumus ke masa depan yang gelap kerana jika politik ini tidak diguna pakai satu hari pemuda hilang kepercayaan terhadap pemimpin maka porak perandalah sistem pengurusan negara.

Pulang

Balik penat... telefon wani sekejap... pastu tertido dalam keadaan takde wudhu semua sekali..

No comments:

Post a Comment