Sunday, 16 September 2012

Sobs sobs sabtu

Eh.. la.. salah hari.. hahah. ni post pasal hari semalam 16.9.2012.. sebab cuti hari isnin ni, aku ingat hari ni ahad lak pulak so tu ingat semalam hari sabtu.. astagfirullah hal azim..

Pengorbanan

Sebab minggu ada pembentangan viva.. aku terlepas 2 hari yang agak penting dan patutnya aku hadir masa tu.. hari birthday sara(anak buah wani) pastu ada event kat rumah aku hari ini... urghh.. memang rasa sedih sangat kot.. aku x salahkan fiqh politik ni sebab dah lama dah plan.. tapi ada pulak pembentangan viva ni. jadik tak dapat la balik.. sebab kalau aku balik dengan bawak laptop semua bagai.. kebarangkalian besar aku tak akan buat keje(atas pengalaman-pengalaman yang lepas). So again terpaksa la menolak peluang untuk balik..

Kesal

Memandangkan semalam satu hari dah digunakan untuk kfiqh politik, maka aku membuat keputusan untuk hari ni kalau boleh buat lah kerja dan kalau ada apa-apa event atau ada apa apa aku tak pegi lah.. so aku dapat 2 jemputan satu ke majlis aqiqah fakhri, satu lagi majlis tahlil arwah anak pengarah IPIK... dua-dua aku tak pegi.. so agak rasa kekesalan disitu.. rupa-rupanya masa yang diambil utk majlis aqiqah tu sekejap je pun, waktu tu pun berapa slide je pun aku buat huh.. macam  berbaloi tak pegi.. dah la pagi tu bangun lewat. serius.. rasa x best.. lagi best berjaga lepas subuh pastu tgh hari tu baru tido baru lagi best... bila dah bangun lewat hari tu terasa amat cepat berlalu.. dah la enjin lagi lambat nak panas.. so dalam kul 11 gitu baru la aku buat keje.. tu keje EDU 3108 (kalwant) mampu buat mindmap je.. ntah mana datang tiba tiba rasa stress.. hurm mula la.. haih aku ni haih haih haih.. teruk la.. asyik terrr je.. haih haih.. pastu petang tu buat keje sekejap je la sampai kul 4 je.. petang lak pegi jogging.. wat HIIT.. 

HIIT

to be honest fitness aku masih berada di tahap yang rendah dan agak membimbangkan.. mana tak nye HIIT ni patutnya buat 6 kali.. tapi aku mampu buat 3 secara terus tapi 4 ngan 5 kena jog lama baru dapat buat.. so target aku sekarang ni nak konsisten ngan 4 secara terus dan ke-5 gap 2.30 baru sprint.

Malam

Alhamdulillah baca surah ad-dukhan setelah lama tinggal dan baca surah waqiah... tibe tibe terfikir kalau aku x solat sunat taubat semalam nye mesti esok nya aku rasa cam kekuatan iman macam rapuh.. astagfirullah hal azim.. nampak sangat iman ni rapuh.. ergh..pas isya' sambung balik keje.. alhamdulillah dapat la sambung sampai 11 slide.. boleh la dari takde improvement sangat.. pastu malam tu rasa penat yang sangat so tido agak awal juga.. tak sedar kul berapa... 

No comments:

Post a Comment